Friday, 26 August 2022

Life

Life is about... what are you doing in your daily? Some other may be working, studying, cooking, playing, or just let the day walk away. Who knows?

Bagi aku, kehidupan adalah cara kita belajar tentang diri kita dan cara kita belajar mengenal orang di sekeliling kita. Kau sendiri pun tak kenal siapa diri kau sendiri. Macamana kau nak kenal aku? Ye tak? Haha! Pandai cakap orang.... Aku pun sama jer...

Kehidupan aku sebagai seorang jururawat, membuatkan aku berjumpa dengan pelbagai watak dalam kehidupan ini. Bangun pagi, aku dah nampak sketsa yang berlaku dalam rumah aku sendiri. Mama aku setiap pagi akan bangun dan berleter kat adik aku yang bongsu. Bangun lambat nak ke sekolah lah. Jadual buku belum prepare lah. Botol air tak bawa lah. Stoking hilang lah. Itu sketsa mama aku jer. 

Bila aku sampai kat tempat kerja aku, sebaik aku tolak pintu klinik,... Masya Allah! Ada yang ber'wheel chair'. Ada yang dukung anak, kilik kiri kanan si anak tu. Ada yang baby menangis. Ada yang tanya, "Cik, lambat lagi ke turn makcik? Lama dah makcik tunggu nie?" Aku pandang makcik tu. "Makcik, saya baru masuk kerja. Punch card pun belum lagi." Itu jer yang aku mampu balas. 

Der... Aku baru masuk klinik kot! Situasi klinik pun aku belum tahu macamana. Aku kena assign bahagian mana pun, belum tengok lagi. What do you expect me? 

Kadang-kadang aku terfikir, ini klinik ke, bahagian kecemasan hospital. Sibuknya... Ya Rabbi! Kalah ED, beb. Tapi itulah kehidupan. Lain orang, lain cara kita hadapi. Ada yang mudah sahaja kehidupan seharian dia. Smooth! Ada yang susah dari kita pun ada. Allah SWT nak atur elok kehidupan kita. Sabar dan yakin sahaja. 

Ya Allah , berikan aku kekuatan dan perdalamkan lagi rasa sabarku . Agar aku dapat melalui semua proses kehidupan yang kau tulis dengan hebat . 😉✌️

📨 : @lifegoeson